Wales Bonner Lancarkan Koleksi Pertama Kolaborasi Bersama Adidas
  • Written by: Azizi Rahman

Adidas Originals dan Wales Bonner telah melancarkan koleksi kolaborasi pertama mereka selepas diperagakan ketika London Fashion Week pada Januari 2020.


Kasut ini beri penghargaan kepada mediang Jam Master Jay yang mempunyai ikon fasyen yang menarik. Selain itu, koleksi ini didatangkan dengan dua model adidas iaitu SL72 dan juga model adidas Samba.


Model SL72 menggamit memori tahun 1970-an dengan menggunakan material corduroy dengan dua pilihan warna. Manakala model Samba pula juga terdapat dua pilihan iaitu jenis klasik dan juga menggunakan material cotton dengan kemasan tangan.


Adidas Originals Wales Bonner ini bakal dilancarkan pada bulan ini dengan tanda harga $100-$300 USD (anggaran RM410-RM1231++).