Warna Terbaru Nike x Sacai VaporWaffle Bakal Dilancarkan
  • Written by: Azizi Rahman

Nike dan Sacai sekali lagi bakal mengembangkan lagi koleksi kolaborasi VaporWaffle yang dilancarkan pada tahun ini. Kali ini ia didatangkan dengan dua pilihan warna terbaru iaitu ‘Villian Red’ dan ’Tour Yellow’.


Warna terbaru ini dijangkakan bakal menarik perhatian ramai kerana ianya sungguh sepadan dengan rekaannya yang tersendiri. Jika sebelum ini, dua warna telah dilancarkan, Nike & Scai percaya bahawa warna terbaru dari mereka ini turut bakal mendapat sambutan ramai.


Koleksi terbaru Sacai x Nike VaporWaffle bakal dilancarkan pada 17 Disember ini di stor terpilih dan menerusi laman web Nike.com dengan harga $180 USD (anggaran RM734++).